Saturday, August 1, 2009

Rindu yang jauh

Dari kata..
mungkin dapat ku baca
apa yang kau rasa
dalam kemelut duka
biar yg ku lihat bukan airmata..

Hey..
saat kau ada rasa rindu
dan kesepian menjadi tamu
jangan kau terus sendu
hidup jangan terus jadi kaku
kerana hati mu perlu tahu
rindu itu bukan penentu
yang dia juga mengerti rindu mu

dan..
terbangkan rindumu
dari dalam kalbu
jauh dari sudut hatimu
dan sepastinya itu
di satu ketika dan waktu
kau akan bertemu
dia yang kan bawa bahagia pada mu
mengulit mu dengan rasa cinta merdu
melayani kerenah manjamu
bersama cinta yang di restu
dan aku mahu..
kau perlu yakin itu
kerna itu..
hanya satu..
Doaku
buat mu
adikku..

Andai ku mampu
membahgiakan kamu
akan ku hindar dukamu
biar jadi debu
diterbangkan angin lalu
bersama sendu
dan saat itu
kita perlu tahu apa yg kita mahu..
kita mahu tahu apa yg kita perlu..
Tepuk dada mu
tanya pada hatimu
apa yang kau mahu

No comments: